Post Wed Feb 03, 2010 1:54 pm

Mengenali DOC

DOC adalah singkatan kepada Devotees of Charade, dalam bahasa Malayu, Pemuja Charade, tapi tak bermakna kereta kita diasapkan kemenyan atau dimandikan bunga tiap kali bulan mengambang ya. DOC adalah sebuah komuniti bagi peminat Daihatsu Charade tanpa mengira model & usia kereta, standard atau modifikasi penuh. Bagi DOC, selagi anda memandu Daihatsu Charade, anda boleh menjadi sebahagian daripada kami. Di DOC, kami tiada ketua, tetapi terdapat satu kumpulan kecil yang terdiri daripada beberapa individu menjadi pengurus bagi komuniti ini. Mereka ini adalah Crew & Moderator DOC.

Daihatsu Charade! Kereta Apa tu?

Jika kita lihat di Malaysia pada ketika ini, Daihatsu Malaysia hanya menjual lori sahaja, Model lori Delta amat popular bagi mengangkat muatan tidak lebih 1 tan. Sebelum pengenalan kereta kompak keluaran negara Perodua di jalanraya Malaysia, Daihatsu Charade model G10, G11, G100 (Aura) dan G200 (Espri dan Ascend) telah memenuhi setiap pelusuk jalanraya, tak kira di kampung atau di bandar kerana ianya merupkan kenderaan yang paling praktikal dan ekonomik ketika itu. Berbagai gelaran diberikan pada kereta ini, “cirit”, “cerek” dan “kereta pasar” antara yang popular. Dengan kemasukaan alat ganti terpakai dari kedai potong maka munculah model GTti dan GTXX yang bernadikan enjin induksi paksaan (Turbo) dan Kissa serta Detomaso yang berenjinkan aspirasi normal (NA) yang asalnya di Jepun kenderaan 2 pintu disumpah menjadi kereta 4 pintu di Malaysia. Oleh sebab auntie-auntie dah tak pakai lagi kereta nie buat pegi pasar dan diwasiatkan kepada anak-anak mereka, maka permintaan untuk barang Japan Domestic Market (JDM) ini semakin tinggi. Oleh sebab permintaan yang tinggi dan barang yang terhad maka harga barang JDM Daihatsu Charade ini menggila hingga tak masuk akal. Ditambah pula dengan penggunaan barang Charade oleh pemilik Perodua maka harga barang tersebut terus menjadi lebih dari gila tak masuk akal.



Devotees of Charade!. Apa bendanya Tu?


Devotees of Charade (DOC) merupakan satu forum (http://www.devoteesofcharade.com) yang dikhususkan kepada pemandu/pemilik Daihatsu Charade sebarang model. DOC telah lahir daripada idea serta usaha penaung kita iaitu Cik Nanc (sehingga kini kami tak tahu nama penuh beliau) rakan-rakan dan Kuantan Charade Syndicate (KCS) yang menyedari perlunya satu forum yang menggunakan bahasa Melayu maka terciptalah forum DOC yang dahulunya beralamat di http://nanckayozine.proboard16.tk. Oleh kerana terikat dengan syarat-syarat penubuhan forum di proboard, beliau telah mengambil inisiatif untuk melahirkan pula forum yang didaftarkan dibawah domain devoteesofcharade.com hasil usaha bersama saudara Castello. Bermula daripada sebuah forum, kini DOC telah mempunyai ahli sekitar 1500 orang dan mempunyai ahli yang aktif dalam sekitar 400 orang. Ahli-ahli DOC terdiri daripada bebagai-bagai lapisan umur serta kaum. Teknologi internet telah membolehkan ahli terdiri daripada mereka yang berada di seluruh pelusuk semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak serta luar negara. Bagi memudahkan pengurusan serta komunikasi antara ahli, ahli-ahli telah dibahagikan mengikut region/kawasan antaranya;
1. Kuantan Charade Syndicate (KCS) bagi kawasan Pahang
2. Ganu Charade Members (GCM) bagi kawasan Terengganu
3. Charade R-Limited (CRL) bagi kawasan Kelantan
4. Daihatsu Cronism (DC) bagi kawasan utara - Kedah, Penang & Perlis
5. Daihatsu Charade Johor Entity (DCJ) bagi kawasan Johor
6. Daihatsu Charade Borneo bagi kawasan Sarawak & Sabah
7. Daihatsu G Series bagi kawasan Melaka
8. Charade N9 bagi kawasan Negeri Sembilan
10. Geng Charade Ipoh bagi kawasan Perak

Bagi kawasan Central (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya) kawasan dibahagikan mengikut TT ie Bangi, Seri Kembangan, Wangsamaju & Shah Alam.

Tujuan terdapat kumpulan-kumpulan kecil ini adalah untuk memudahkan pertemuan ahli ahli serta maklumat-maklumat disalurkan kepada semua peminat Daihatsu Charade. Ia juga bagi memudahkan penyelarasan kerana setiap region telah di wakili oleh seorang Moderator DOC.


Buat apa dalam Forum?


Selain daripada dapat menambah kenalan, DOC juga memberi peluang kepada ahlinya untuk menjual dan membeli barang-barang yang diiklankan sebagai salah satu kelebihan menjadi ahli. Umum sedia maklum kereta Daihatsu Charade yang paling muda pun sekurang-kurangnya berusia 10 tahun. Di forum ini kami mempromosikan semangat setiakawan bukan sahaja didalam forum tetapi juga di luar forum. Selaras dengan itu pihak DOC akan mengganjurkan aktiviti-aktiviti riadah seperti bersukan, berkonvoi dan jamuan bagi memperkuatkan lagi hubungan antara ahli dari masa ke masa. Sesi TT (teh tarik) pada setiap hari Jumaat di beberapa tempat di Ibukota biasanya akan dapat mengumpulkan lebih 10 buah Charade. Konvoi kami yang terbaru adalah ke Teluk Batik, Lumut pada awal tahun 2010 yang telah disertai oleh 130 buah Daihatsu Charade berbagai usia. Nantikan aktiviti kami yang seterusnya. Sebagai warga baru DOC post pertama anda hendaklah di bahagian "Introduction of New Members".............. CHARADE, BIKIN KAWAN.

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi wakil-wakil kami ini:
Castello - 012 219 0909
Putat – 019 224 9190
Ujang – 012 391 4828
Airpull – 013 251 9702
Bard – 019 202 9942
Marshall 02
Team Orange

Image